Pages

Saturday, February 12, 2011

Perbezaan Antara Iman, Islam Dan Kafir



1.IMAN

Ertinya,kepercayaan yg terbitnyadari hati sesorang iaitu mempercayai apa yg dibawa oleh bagind Rasulullah S.A.W adalah benar datangnya dari Allah S.W.T.Maka ilmu yg dipelajari adalah untuk menyempurnakan pengenalan iman.Maka orang leleki yg beriman disebut Mukmin manakala orang Perempuan yg beriman disebut Mukminah.

2.ISLAM

Islam beertitunduk dan patuh menurut segala apa yg dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W. Orang yg sebegini disebut muslim bagi Lelaki dan muslimah bagi orang Perempuan.Iman dan Islam tidaklah boleh diceraikan untuk mendapat kelepasan azab di hari akhirat nanti.

3.KAFIR

Kafir ialah orang yang mengingkari kebenaran agama islam tidak mengetahui ketuhanan Allah Yang Maha Esa dan tidak mengetahuikerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Orang kafir ini boleh memeluk islam apabila ia merasa yakin akan ketuhanan Allah dan kebenaran Rasulullah S.A.W dengan hanya mengucap dua kalimah syahadah.


No comments:

Post a Comment